Monday, November 29, 2010

Aqiqah & Cukur Jambul

Weeken arituh my Akak Ipar wat Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Anak die yg Ke-4.. Alhamdulilah akhirnya rezeki akak n abg ipar aku dapat Baby Girl setelah semo anak die Hero Malaya hehe..

Fatin Nur Adilah

Aku suka dgr Marhaban nih..sdp di dgr coz ada kompang pelbagai

Akak wat pe tuh??

Mr. Bunga Teloq 

Next time ada rezeki mama wat unt Firas lak Aqiqah..Insyallah..


** Untuk Peringatan & Info buat Diri Sendiri & Muslims **

PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala. 

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.


 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.


Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)


"Untuk binatang yang kita korban atau aqiqah, akan Allah jadikan ia kenderaan untuk melintas titian sirat. Apabila Allah yang menyediakan kenderaan tersebut maka ianya tidak akan ada kecatatan dan keraguan untuk melepasi titian tersebut. Jadi, penting kita melakukan akikah dan korban bagi menyelamatkan diri dari jatuh ke dalam api neraka...Wallahualam...!!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...