Monday, August 8, 2011

Roh di bulan Ramadhan

Assalamualaikum blogger..

Something to share di Bulan Puasa yang Mulia nih..

Menurut Hadith Rasulullah S.A.W, menceritakan apabila tiba di bulan Ramadhan, semua Roh b'kumpul di Luh Mahfuz memohon kpd Allah S.W.T untuk kembali ke Bumi. Ada Roh yang dibenarkan pulang ke Bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin2 yang mendoakan mereka. Manakala Roh yang tidak dibenarkan pulang disbbkan kesalahan mereka semasa hayat mereka & akan terus dipenjara di Luh Mahfuz.

Apabila Roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, org yang mendapat harta pusaka mereka & ke rumah org yang mendoakan mereka dgn harapan org yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kpd jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dgn bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Wallahualam..Al-Fatihah...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...