But Alhamdulillah.. Dah settle semo urusan loan, SPA, stamp duty etc
Sila kumpul duit utk masuk umah and bayaq loan bulan2 (tu menda yg paling x besh nak buat) huhu..
![]() |
| Santekkkk kan umah nih??? besnyaaa IF this is Mine (berangan) |
DALAM NEGERI
Harga RON 97 naik 10 sen lagi
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter berkuat kuasa esok.
Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal RM1.90 seliter
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman, kenaikan harga minyak petrol RON 97 sebanyak 10 sen adalah kerana mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.
"Ketika ini, kerajaan tidak lagi menanggung subsidi untuk minyak petrol RON 97 dan kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya, kenaikan itu mengikut perkiraan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
Pada 1 November lepas, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter dan pada hujung bulan itu juga ia sekali lagi mengalami kenaikan sebanyak 15 sen menjadi RM2.30 sen seliter.